paris hilton sex scandal
Tuesday, October 13, 2009
sayangcombi
~ ada cerita ~
Kembali
bersua setelah lama mendiamkan diri ... Terlalu lama rasanya aku
tinggalkan dalam bidang ini .. Terasa bagaikan hilang kata2 dan hilang
segala idea untuk aku coretkan didalam skrin ini ... dan setahun lebih
aku rasakan bagaikan sekejap saja masa berjalan .. dan setahun lebih
ini juga aku bergelar seorang isteri .. dan masih lagi belum bergelar
seorang ibu ...
Terasa sedikit kecewa jugak .. tapi ini semua aku tahu .. Allah ada
janjiNya utk hambaNya ...Aku redha dan terima segala ketentuanNya ...
Aku jugak panjatkan rasa syukurku kerana kurniakan seorang suami yang
amat2 aku sayangi dan amat2 baik hati ... ehem ehem ... hehehe ...
Sekarang dah masuk 8 bulan aku memegang status surirumah yang terhormat
... macam2 aku buat kat rumah ... suamiku kerja sedari 9 pagi hinggalah
ke lepas maghrib ... kekadang seksa jugak aku menunggu .. ye lah ..
siapa yang tak jemu duduk sorang2 ... yang teman aku hanyalah kucing2
... hmmm ...
Kekadang terasa jemu teramat .. aku hubungi mak .. ajak jalan2 cari
pasal ... mujurlah rumah mak aku dekat dengan aku .. kalau tak ... ...
Banyak
jugak cerita dan perjalanan aku semasa aku tinggalkan menaip nie ...
tahun ini jugak tanggal 1 sya'ban baru nie ( 23.7.2009) abang aku yang
nombor dua O.K.U pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selamanya
...Memang terasa sangat2 atas pemergian arwah .. yang mana dia seorg
yang ceria .. penghibur keluarga .. peneman mak dan bapa tika kami adik
beradik yang lain tak ada ... Takde sakit pening pun masa pemergian
Arwah .. hanya penyebab ( terlekat makanan )
Pagi sebelum arwah pergi ... aku dan suamiku sempat bergurau dengannya
... sebelum tu seminggu aku dirumah mak ...aku pulang kerumah pagi itu
kerana suamiku nak kerja ..cadangnya esok ( jumaat ) aku akan pulang
semula ke rumah mak sebab suami ku selalu solat jumaat di sini ..
Tepat org solat maghrib aku dapat panggilan dari bapa .. aku ingatkan
diorg nak datang rumah ... dari corong telefon aku dengar bapa suruh
aku mengucap dulu ... selalunya bapa selalu bergurau bila call
...mulanya aku ingatkan bapaku bergurau ... bila bapa sebut - fadhli
dah kembali ke rahmatuLLah - memang betul2 aku ingat bapa bergurau ..
Last2 bapa kata .. tak baik bergurau benda2 mcam ni ...tak sempat nak
letak telefon aku meraung bagaikan kena sampuk ... tengah2 maghrib
pulak tu ...
aku tak percaya lalu aku call abang sulongku ... dia pun tak berapa
pasti .. dan masa tu dia dalam perjalanan ke hospital ke bilik mayat
utk pastikan ... aku call adik .. off handphone .. aku tunggu suamiku
balik dari surau ... bila nampak ja suamiku balik .. aku terus peluk
dia .. dia masih tertanya2 lagi kenapa .. baru aku bgtau bila tenang
sikit ...lepas tu aku terus capai tudung dan pergi bersama suami ke
hospital di bilik mayat ... sesampainya disana .. aku nampak anak
abangku(1 tahun ) berlari2(budak2 masih mentah)
aku tengok kakak ipar dan abangku menahan tangis .. dan abgku bawa aku
dan suami lihat jenazah .. masa tu YA ALLAH .. tak sanggup rasanya utk
berdiri lagi .. aku hampir rebah ...suamiku pelukku erat menenangkanku
... kau pergi jua akhirnya dengan keadaan dan wajah yang amat tenang
sekali ... mak aku baru kembali dari surau .. menangis lagi aku dengan
mak .. maklumlah aku hanya ada 4 beradik saja ..bapa dan adik aku ke
balai polis utk buat report nak keluarkan mayat ... mak aku tak
benarkan pihat hospitak utk bedah siasat ... abang ku bukannya mat
rempit atau penangih atau peminum ... dia hanyalah seorang yang kurang
upaya yang hanya dibantu untuk buat apa saja ... jadi pihak hosp.
setuju .. Alhamdulillah ..
Mak ceritakan pada kami detik2 tragis itu ... masa tu mak dengan arwah
di ruang tamu sambil tengok budak2 main bola dipadang depan rumah ...
arwah asyik ketawa .. sambil mak suapkan air dan biskut .. masa suapan
yang ke 4 .. arwah seolah macam tersekat sesuatu .. mak aku masukkan
air supaya senang lepas makanan tadi .. tapi tak boleh jugak ..arwah
masa tu dah sesak nafas dah .. mak aku menjerit panggil adikku .. masa
tu adikku cuba segala macam nak tolong arwah .. tapi tak berjaya ...
kaki abangku dah mula membiru ...mak terus hubungi bapa supaya cepat
balik ...adikku keluar berlari mencari bantuan jiran .. malangnya siapa
pun tak dak ... ada pun mereke ingat aku dan adikku bertengkar .. masa
mak aku menjerit mereka ingat mak aku kena histeria .. Macam2lah ..
last2 bapa aku balik terus tinggalkan rumah tanpa berkunci dan kunci
motor masih kat motor .... diorg ber 4 terus naik kereta menuju ke
hospital ...
Adikku pandu dengan laju sekali .. Kebetulan masa tu dekat jalan nak
keluar ke hosp. ada festival kedah sejahtera .. kereta tersekat selama
20minit .. arwah dah kelemasan ...semua dah panik .. last2 yang bagi
jalan CINA .. bukannya MELAYU ... sempat sampai dihospital .. arwah
ditolah diatas katil oleh jururawat dan doktor .. tak lama mana pun
doktor keluar dan menggelengkan kepala ... Innalillah ... kelu tak
terkata ...doktor cakap tak sempat sampai kebilik rawatan ..arwah dah
menghembuskan nafasnya .....
aku , suami , kakak iparku serta anaknya pulang dulu kerumah mak utk
buat persediaan bila arwah kembali kerumah ... sesampainya dirumah mak
... segalanya dah tersedia tersusun .. semuanya jiran2 serta sahabat2
bapa dan mak aku yang siapkan ... yang lelaki terpaksa pecahkan kunci
pagar sebab kebetulan masa tu makcik aku datang .. tengok pintu tak
berkunci lalu dia kunci .. itu sebab diorg pecahkan kunci pagar rumah
mak aku ..Alhamdulillah ... segalanya teratur dan berjalan dengan
lancar ...
Dah dekat pukul 11 malam barulah jenazah abangku tiba dirumah ... ramai
org masa tu ..sanak saudara pun dah ada ... esoknya jenazah abangku
disiapkan kafankan oleh seorg alim ... bersama suamiku ..abang dan yang
lain2 ... perasaan tak dapat dibendung .. sedih tak terungkap bila
lihat saat akhir wajah arwah abangku itu ...Arwah selamat dikebumikan
dengan nenekku yang meninggal 10tahun dahulu .. Al-Fatihah utk Arwah
abangku ... fadhli bin Abd Rahman ..
Saturday, June 07, 2008
sayangcombi
~~ banyaknye sawanggg ~~
Assalamualaikum
Salam kembali .. maaf .. lama beno tak update blog nie ... sebabnya tuan rumah nie baru je melansungkan perkahwinanya ... so .. rak sempat nak wat pape .. dan memandangkan tuannya pun dah balik ke tanah air .. jadi .. terlalu banyk kerja yg perlu di selesaikan ... untuk mendidik murid2nya .. huhu ... Imtihan pun baru je berlalu ... dan cuti pun dah nak habis ...
Dan sekolah pun dah nak bermula ... maka bermulalah pula episode baru selepas musim cuti ... aduh2 .... tapi tak pe ... demi nak mendidik ... kene teruskan juga perjuangan nie ... kalau bukan kita .. sape lagi yang nak didik mereka .. kan kan kan ?
oklah .. sampai sini dulu ... insyaallah bila ada kelapangan lagi ... akan diteruskan lagi update di blog nie ... Wallahu A'lam ..
Wassalam
Tuesday, April 10, 2007
sayangcombi
~ KisaH kali INI ~
Assalamualaikum warahmatuLLah ..
Salam bertemu kembali .. setelah sekian lama tinggal dari masukkan apa apa isi dalam blog nie .. sampai dah bersarang .. Baru hari ni dapat kembali jenguk dan masukkan apa apa isian dalam blog nie .. maklumlah masing masing sibuk dengan kelas ... memandangkan lagi sebulan dah nak imtihan .. tapi hari ini curi sedikit peluang yang ada nie .. lagipun kelas tak ade .. Dan dikesempatan yang ada ini .. saya teringat kembali kisah yang pernah masuk dalam subject saya masa di tahun 3 tahun 2006 ( khitobah) .. tentang kisah yang menceritakan tentang 3 orang yang cacat yang mana Allah telah perintahkan kepada malaikat untuk bertemu dengan mereka... apa kesudahannya ? mari kita ikuti sampai abis ya .. selamat membaca ...
~ SI BOTAK , SI SOPAK & SI BUTA ~
Pada suatu hari Allah memerintahkan malaikat bertemu dengan tiga orang Bani Israil. Ketiga-tiga mereka cacat; seorang botak, seorang sopak dan seorang lagi buta.
Malaikat yang menyamar seperti manusia itu bertanya si-sopak "Jika Allah hendak kurniakan sesuatu untuk kamu, apakah yang kamu mahu?" Si-sopak menjawab, "Saya mahu kulit saya sembuh seperti biasa dan diberi kekayaan yang banyak." Dengan takdir Allah, kulitnya kembali sembuh dan dikurniakan rezeki yang banyak.
Kemudian malaikat bertanya si-botak soalan yang sama. Si-botak menjawab, "Saya mahu kepala saya berambut semula supaya kelihatan kacak dan diberikan harta yang banyak." Tiba-tiba, dengan kurnia Allah si-botak itu kembali berambut dan diberikan harta yang banyak.
Selepas itu malaikat bertanya si-buta pertanyaan yang sama. Si-buta menjawab, "Saya hendak mata saya dicelikkan semula dan diberikan harta yang banyak." Dengan takdir Allah, mata si-buta menjadi celik dan dikurniakan kekayaan yang melimpah.
Selang beberapa bulan, Allah memerintahkan semula malaikat untuk berjumpa dengan ketiga-tiga orang cacat itu. Kali ini malaikat menyamar sebagai peminta sedekah. Dia berjumpa dengan orang pertama yang dulunya sopak dan meminta sedikit wang. 'Si-sopak' itu tidak menghulurkan sebarang bantuan malah mengherdik malaikat. Malaikat berkata, "Saya rasa saya kenal kamu. Dulu kamu sopak..dan miskin. Allah telah menolong kamu." Si-sopak tidak mengaku. Dengan kuasa Allah, si-sopak yang sombong itu bertukar menjadi sopak semula dan bertukar menjadi miskin.
Kemudian malaikat berjumpa dengan si-botak yang telah menjadi kaya dan berambut lebat. Apabila malaikat meminta bantuan, si-botak juga enggan membantu, malahan dia tidak mengaku bahawa dia dulu botak. Oleh sebab sombong dan tidak sedar diri, Allah menjadikan kepalanya botak semula dan bertukar menjadi miskin.
Malaikat berjumpa dengan orang buta yang telah diberikan penglihatan. Apabila malaikat meminta bantuan, si-buta memberikan keseluruhan hartanya dan berkata, "Ini semua harta pemberiaan Allah. Ambillah kesemuanya. Mata saya yang kembali celik ini adalah lebih berharga daripada kesemua harta ini." Malaikat tidak mengambil pemberian itu. Dia memberitahu bahawa dia adalah malaikat yang pernah datang dulu. Kedatangannya kali ini ialah untuk menguji siapa di antara mereka bertiga yang bersyukur.
Si-buta yang bersyukur itu terus dapat menikmati kekayaan dan penglihatannya. Manakala si-sopak dan si-botak kekal dengan keadaannya yang asal.
MORAL & IKTIBAR
- Allah mengurniakan kesenangan dan keselesaan adalah sebagai ujian untuk melihat siapakah di antara mereka yang bersyukur
- Manusia yang bersyukur Allah akan tambah kurniaan sebaliknya manusia yang kufur akan diazab oleh Allah
- Manusia seringkali lupa daratan apabila diberikan kemewahan dan kesenangan
- Sangat sedikit hamba Allah yang bersyukur
- Siapa yang tidak bersyukur kepada manusia, dia tidak akan bersyukur kepada Allah
- Allah memberi kurnia kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan menarik nikmat daripada siapa sahaja yang dikehendakiNya
Sifat syukur adalah satu sifat yang terpuji, sebaliknya kufur (kufur nikmat) adalah sifat yang dicela oleh Allah.
Ok .. Alhamdulillah selesai jugak kita membacanya .. harap dari apa yang dah dibaca .. dapat kita sama sama ambik iktibar dari kisah tersebut ..
WaLLahu A`lam ..
Tuesday, February 06, 2007
sayangcombi
~ bermain air basah , bermain api meletup ~
assalamualaikum ..
Terlalu lama rasanya blog nie tak disentuh.. nak kata sibuk .. tak de lah sangat .. mood yang tak berapa nak ada yang membuatkan blog nie terbiar camtu aje ... tapi apapun insyaAllah blog nie akan diusahakan utk menjadi seaktif dulu insyaAllah ... kali nie sama sama kita kongsi satu artikel yang diambil dari dalam mailku.. amat menarik perhatianku .. insyaAllah ...
"Bermain air basah. Bermain api meletup"
Seungkap peribahasa iaitu; 'setiap perbuatan atau pekerjaan ada akibatnya'. Renungilah apakah kah yang sudah terjadi dimuka bumi baru2 ini. Air merupakan sumber bagi mahluk2 Allah yang berada dimuka bumi ini. Didaratan maupun dilautan. Ianya suatu kurnian nikmat Allah SWT yang amat besar nilainnya.
Mengikut falakNya,ditunjukan secara alamiah, air yang terkumpul pada awan2 diatas langit pada adatnya akan menghasilkan hujan hinggalah mencecah dipermukaan bumi untuk keperluan mahluk2, tumbuh2han, heiwan2, hinggalah sekechil2 kuman yang tiada dapat dilihat dengan mata kasar. Hal demikian akan berangkai ulang dari atas kemudian kembali semula naik ketempat simpanan diatas langit, Tersimpan didalam perut2 awan.
Disebut sebagai kurniaan nikmat, terutama sekali adalah bagi manusia. Selain kebutuhan untuk menghilangkan haus dan dahaga. Air juga adalah suatu kaedah yang sangat perlu bagi manusia untuk mempergunakan bagi mencuci kekotoran pada makanannya, pakain,memasak dan yang penting adalah untuk kebersihan asas didalam hukum syara' bagi umat islam penuhi. Contohnya, untuk beristinjak, berwudhu, mandi hadas, dan ada juga, air dibuat sebagai 'penawar' untuk menyembuh penyakit.
Pada diri manusia,.. 'air' juga adalah salah satu dari unsur yang empat. 'Air' pada tuboh manusia juga perlu melalui keadah yang telah dicontohkan 'rangkai ulang' perjalanan diantara bumi dan langit. Ianya adalah untuk diiktibarkan kembali pada diri manusia itu. Iaitu mencari jalan menuju kepada Tuhan yang menciptakannya.
Ibarat dalam suatu 'rumah' mempunyai empat sahabat didalam nya.Keempat2 sahabat ini perlu bekerja sama, bersepakat, rukun dan damai dalam beribadah kepada Tuhan yang sama,dan tidak boleh berbeda,mengikut hukum perintah yang sama dari yang telah menciptakan mereka.
"Hei!,.. api, air, angin, tanah,…kalau dia kepunyaan Allah. Dia tentu menyembah. Apakah yang selalu melanda bumi ini? Iaitu,..air, api, dan angin.
Kerna apakah bumi dilanda? Kerna bumi tak menepati janji.
Janji2 kita kepada Allah. Kerna sudah besar sudah tak ingat. Kita ini memakai hukum perintah Dia, Disinilah kita mesti fikirkan baik2. Jangan kita salah faham. Nanti,…habis kita didalam pertengkaran saja.
Wallauhu A'lam ...
Sunday, October 01, 2006
sayangcombi
~ Terlambat Skit ~
Assalamualaikum ...
Marhaban ya Ramadhan .. Ramadhan Kareem .. Masih belum terlewat lagikan rasanya utk saya ucapkan salam ramadhan utk sahabat2 smua ...?Macam mana ngan puasa kali nie ? Bersyukurlah kerana kita masih lagi diberi peluang utk bertemu Ramadhan lagi kali nie .. AlhamduliLLah ...
Marhaban barasal dari kata rahb yang berarti luas atau lapang. Marhaban menggambarkan suasana penerimaan tetamu yang disambut dan diterima dengan lapang dada, dan penuh kegembiraan. Marhaban ya Ramadhan (selamat datang Ramadhan), mengandungi erti bahwa kita menyambut Ramadhan dengan lapang dada, penuh kegembiraan, tidak dengan keluhan.
Rasulullah sendiri senantiasa menyambut gembira setiap datangnya Ramadhan. Dan berita gembira itu disampaikan pula kepada para sahabatnya seraya bersabda:
"Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah memfardlukan atas kamu puasanya. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu surga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh setan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan" (Hr. Ahmad)
Marhaban Ramadhan, kita ucapkan untuk bulan suci itu, kerana kita mengharapkan agar jiwa raga kita diasah dan diasuh guna melanjutkan perjalanan menuju Allah swt.
Perjalanan menuju Allah swt itu dilukiskan oleh para ulama salaf sebagai perjalanan yang banyak ujian dan tentangan. Ada gunung yang harus didaki, itulah nafsu. Digunung itu ada lereng yang curam, belukar yang hebat, bahkan banyak perompak yang mengancam, serta iblis yang merayu, agar perjalanan tidak dilanjutkan. Bertambah tinggi gunung didaki, bertambah hebat ancaman dan rayuan, semakin curam dan ganas pula perjalanan. Tetapi, bila tekad tetap membaja, sebentar lagi akan tampak cahaya benderang, dan saat itu akan tampak dengan jelas rambu-rambu jalan, tampak tempat-tempat yang indah untuk berteduh, serta telaga-telaga jernih untuk melepaskan dahaga. Dan bila perjalanan dilanjutkan akan ditemukan kendaraan Ar-Rahman untuk mengantar sang musafir bertemu dengan kekasihnya.
Untuk sampai pada tujuan tentu diperlukankan bekal yang cukup. Bekal itu adalah benih-benih kebajikan yang harus kita tabur didalam jiwa kita. Tekad yang keras dan membaja untuk memerangi nafsu, agar kita mampu menghidupkan malam Ramadhan dengan shalat dan tadarrus, serta siangnya dengan ibadah kepada Allah melalui pengabdian untuk agama.
WaLLahu A'lam
Monday, August 07, 2006
sayangcombi
~ Renung2kanlah ~
Assalamualaikum warahmatuLLah ...
Salam kembali buat sahabat2 semua .. Lama rasanya tak masukkan apa apa dalam blog nie .. dah nmpak sarang ..macam macam sarang ada dalam nie dah .. huhu ... biasalah .. kalau dah smpai malaysia ... dengan pc pun jam kat umah .. so .. terpaksalah keluar ke cc ... tapi tak apelah .. janji .. boleh lagi meng update kan blog nie ... baiklah sahabat2 semua .. kat cni saya nak kongsi ngan sahabat2 tentang hati manusia yang dipetik dari salah satu nasihat dari Ibnu Qayyim ... :)
Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.
Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt
Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya
Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya
Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya. Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati sihamba itu.
WaLLahuA'lam ...
|